waaaaa

September 26th, 2007 by argustina-dear

wa kakaaaaa

ape nak buatlah agaknya ni..bz gler ngan blajar lagik keje lagik tension gler plak tuh. tapi kalu pikir2 sendiri yang mintak nak buat sendiri tanggunglah haaa..haa.. em pada kengkawan jemputlah datang ke umah raya ni.. tapi harus di ingat den cuti 2 hari ajer lepas raye…hehee… simpan untk nak exam pya pasal..

bulan pose

em bulan pose ni aktiviti macam biasa jumpe customer dan gaduh2 skit macam biasalah . tapi tak tahan ai kena makan untuk bukak pose. penat dah.. bila lah leh dapat rehat. penat tul.. tak sabar nak raya tapi baju raye hampeh satu pun tak buat lagik..

ape lagik ha… em nanti aku sambunglah … hahaaa 

from china

June 26th, 2007 by argustina-dear

baru balik dari kerjad dan bercuti di china.. check it out..

so lucky and unlucky.. anyway i having  fun there…

haha

August 21st, 2006 by argustina-dear

remember one thing

masa kat matrik kan ada satu pepatah

"berkawan biar beribu"

"berkasih biarlah empat"

setia hanyalah pada yang satu"

yang lain buat spare part"

hahahahaha

happie birthday

August 20th, 2006 by argustina-dear

happie birthday to me…

happie birthday to me..

seronoknya zaman muda dulu

betullah kata orang

"kerana mulut badan binasa"

kehilangan seorang kawan yang sangat rapat

amat menyakitkan

dan aku dah merasakannya

tak sanggup ku kehilangannya lagi

Mungkin

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( korus )
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( bridge )
Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta…

entah  berapa lama lagi sanggup ku runggu

entah berapa lama lagi hayat mampu bertahan

tiada yanag mapu ku lakulan

hanya menanti..

maafkan aku

tapi kalau orang dah tak sudi ……………..

kojolah

August 1st, 2006 by argustina-dear

what to do bebeh

kejap belajar dah boring nak kejelah pulak

pertanyaan tentang cinta

July 18th, 2006 by argustina-dear

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan
suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua
orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak
ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat
hatimu
melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat
tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang
kamu
fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan
siapa
dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia
kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

falsafah hidop

July 18th, 2006 by argustina-dear

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah
orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang
yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan
berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut
diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada
tidak bercakap langsung.
Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat
tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan.
Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang
lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang
berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah
orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang
putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak
akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah
dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak
bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas
suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa.
Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar
biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun,
tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000
tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat
apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang
mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan
fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang
lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang
lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan
bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita
sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau
atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang
lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang
kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik,
badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang
telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan
mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang
lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada
diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang
ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya
orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah
bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara
yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap
mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui
adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah
yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang
lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang
memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana
musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda
buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang
dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran
negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang
baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima
udara yang segar. Kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka
hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat
diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling
mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk,
manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa
merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan
dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian,
tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan
kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada
awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi
sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi
sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak
harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang
dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta
tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup
dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai
keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain
adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah
mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat
berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan
bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa
menghormati orang lain.

sorry

September 6th, 2005 by argustina-dear

more than word can say

September 6th, 2005 by argustina-dear

"I have been in darkness for so long just waiting for the light, and now that you have come my way, my nights seem like days."

cinta…..

August 29th, 2005 by argustina-dear

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia.. cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…"